Jarak antara lokasi kejadian di Jalan Siram dengan lokasi penemuan kereta itu adalah sejauh lebih kurang empat kilometer.

 Ketika ditemukan, kereta berwarna merah itu mengalami kemek teruk di bahagian belakang dipercayai akibat terlanggar lori sewaktu penjenayah terbabit cuba melarikan diri.

 Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan tukul dan kapak merompak dua pekerja yang membawa sejumlah emas yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta yang sedang menuju ke kenderaan pacuan empat roda mereka.

 Dua pekerja terbabit dipercayai baharu sahaja meninggalkan syarikat memproses emas itu untuk menghantar barangan terbabit ke kilang mereka di Kuala Lumpur.-UTUSAN ONLINE