Sivasubramaniam yang meletakkan kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam di kawasan itu pada pukul 3 petang, menyedari kehilangannya selepas mahu mengambil keretanya pada pukul 4.30 petang.

Turut hilang bersama dalam kenderaan itu ialah dokumen-dokumen berkaitan kerja beliau dengan anggaran kerugian berjumlah RM15,000.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, Sivasubramaniam yang juga Ketua Penyelaras Unit Hal Ehwal Bukan Islam negeri mendakwa, kenderaan itu diletakkan di tempat kebiasaannya pada setiap hari.

“Pejabat beliau di bangunan PTG tersebut dan menurut Sivasubramaniam, beliau masuk ke pejabat hanya dua jam. Tempat kejadian merupakan kawasan berpagar bangunan kerajaan.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, namun terdapat pengawal keselamatan di situ. Hasil temu bual dengan pengawal keselamatan bertugas mengatakan kejadian itu tidak disedarinya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Ali, kenderaan model tahun 2006 milik Sivasubramiam itu juga tidak mempunyai alat pengesan kedudukan global (GPS) dan hanya dikunci secara ’steering lock’ tanpa kunci tambahan.

Kes disiasat di basah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE