Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui jalan tersebut pada pukul 7.40 pagi.

“Semasa sampai di hadapan Sekolah Kebangsaan La Salle, mereka terdengar jeritan seorang wanita dan melihat mangsa tersebut mengejar seorang lelaki menyeberangi Jalan Gasing.

“Anggota trafik terbabit kemudian berpatah balik dan mengejar suspek tersebut dan menahannya di hadapan tokong Buddha Chettawan, Jalan Gasing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, suspek berumur 28 tahun dan berasal dari Baling, Kedah itu ditahan serta barang kes milik mangsa dirampas daripada suspek. -UTUSAN ONLINE