Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati terdapat kesan potong pada pagar di bahagian tepi jalan kawasan berkenaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan namun ada kemungkinan ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JPJ.

“Setakat ini kita masih mengesan jumlah suspek yang terlibat dan kita percaya ia dilakukan lebih daripada seorang individu,” katanya. - UTUSAN ONLINE