Serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Rantau Panjang yang bertindak atas maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, pistol tiruan itu ditemukan di bawah bantal manakala senjata tajam berada di dalam bilik di atas rumah berkenaan.

“Selain sebilah pedang samurai, kita turut temukan sebilah kerambit dan lima bilah pisau.

“Siasatan awal mendapati pistol itu digunakan untuk menembak cicak dan dibeli dari negara jiran dengan harga RM450 empat tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ibrahim memberitahu, saringan air kencing mendapati kembar itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, kedua-dua beradik itu turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah. - UTUSAN ONLINE