Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Suspek yang berpakaian lokap dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dan beredar pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusof berkata, suspek direman selama empat hari sementara menunggu siasatan mengenai kes kemalangan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian.

"Suspek ditangkap pada pukul 12.15 tengah hari semalam dan ujian saringan awal air kencingnya menunjukkan suspek positif dadah jenis Meth," kata Shariffudin. - UTUSAN ONLINE