Terdahulu, pakar pergigian menjalankan bedah siasat terhadap mayat bayi malang itu bagi mengenal pasti kesan gigitan yang terdapat pada bahagian pipi dan badan mangsa untuk melengkapkan proses siasatan.

Difahamkan, proses bedah siasat itu bermula sejak 10.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian.

Jenazah bayi tersebut kemudian disemadikan di kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Tok Panjang, di sini selepas solat Asar, hari ini. - UTUSAN ONLINE