Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk mengesan projektor tersebut yang masih hilang dan menangkap suspek-suspek yang terlibat.

“Setakat ini, tidak wujud sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan kehilangan peralatan tersebut dengan sebarang aktiviti keganasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, sebuah syarikat swasta dari Shah Alam telah membuat aduan kehilangan sebuah peranti radioaktif.

Peranti itu dikatakan mengandungi isotop radioaktif Iridium-192 yang memancarkan radiasi beta dan gamma serta mempunyai separuh hayat 73 hari. - UTUSAN ONLINE