Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya masih menyiasat kehilangan kenderaan tersebut dan memburu penjenayah yang terlibat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, MPV milik Nabil dengan nombor pendaftaran JRP46 didakwa hilang ketika isterinya, Nazira Ayob atau Zira menggunakan kenderaan itu ke tabika anaknya, Naira Mikayla, 4, di Taman Tun Dr Ismail, di sini untuk menghadiri satu majlis anjuran pihak sekolah.

MPV itu yang diletakkan di tepi jalan disedari hilang semasa Zira selesai menghadiri majlis tersebut dan laporan kehilangan kenderaan berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini. - UTUSAN ONLINE