Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.35 petang daripada pemilik kedai runcit terbabit.

“Mangsa didatangi dua lelaki bertopeng bersenjatakan sepucuk pistol yang kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah lantai.

“Suspek kemudian merampas wang hasil perniagaan sebanyak RM2,600 di kaunter sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Samsor berkata, hasil semakan mendapati nombor pendaftaran digunakan kereta berkenaan adalah palsu serta didaftarkan pada sebuah lori.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - UTUSAN ONLINE