Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika pemilik kedai berkenaan baru membuka kedainya.

“Kesemua suspek yang bertopeng dipercayai memasuki ke kedai berkenaan melalui bumbung dan memecahkan siling sebelum menunggu mangsa ke tingkat atas.

“Suspek kemudian masuk ke ruang kaunter dan ke dalam bilik kebal sebelum mengambil enam dulang emas yang dimasukkan ke dalam guni makanan ayam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE