Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek yang disyaki dua lelaki Melayu dan memakai topi kaledar itu menyerbu kedai berkenaan dan memecahkan meja pameran sebelum bertindak melarikan diri menaiki motosikal.

Katanya, ketika kejadian, terdapat tiga pekerja di dalam kedai emas itu dan salah seorang mereka juga cedera akibat ditumbuk perompak terbabit.

“Kedai emas ini bagaimanapun tidak dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) namun terdapat CCTV di sekitar jalan raya berdekatan lokasi kejadian dan kita akan meneliti untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE