Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian yang berlaku pukul 10.35 pagi itu berlaku ketika kedai itu baharu sahaja memulakan operasi.

“Dua lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh menyerbu masuk ke dalam kedai emas dan salah seorang yang bersarung tangan memecahkan cermin pameran menggunakan tukul besi yang dibawanya.

“ Seorang lagi suspek yang tidak bersarung tangan pula mengugut pekerja kedai itu menggunakan pistol yang dibawanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Nik Ros Azhan kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai itu.

Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE