Setakat pukul 1 petang ini, kawasan tersebut kini dipenuhi para wartawan dan dikawal pihak polis.

Selain itu, laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut telah dibuka dan berjalan lancar.

Tinjauan wartawan Utusan Malaysia mendapati sekumpulan wartawan dan 50 anggota polis serta 20 jawatankuasa kuil berkumpul di kawasan itu. - UTUSAN ONLINE