Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kawasan di sekitar kawasan kuil dan pusat beli-belah One City sentiasa dikawal polis.



“Kawalan keselamatan sentiasa diutamakan terutamanya melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan umum.



“Cuma kita mohon kepada orang ramai supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan dan tidak menularkan sebarang spekulasi yang melibatkan isu perkauman,” jelasnya.



Menurut Mazlan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden rusuhan di kuil itu boleh menghubungi talian 012-6009999.

Awal pagi semalam, lebih 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil dan sebahagian mereka melakukan rusuhan termasuk menyekat laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong di hadapan kuil dan membakar tiga buah kereta.



Bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City Development Sdn. Bhd. turut dirosakkan termasuk sebuah kereta yang terletak di hadapan bangunan itu dimusnahkan kumpulan perusuh tersebut.

 - UTUSAN ONLINE