NUR JAZLAN MOHAMED

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan tahu kewujudan pihak berkenaan dan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita tidak menafikan wujud­nya golongan yang menjalankan aktiviti berkenaan malah perkara ini sentiasa dipantau kerajaan.

“Namun, kerajaan berusaha mengawal kegiatan mereka supaya tidak keterlaluan sehingga merosakkan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan terdapat sembilan dragon yang menguasai negara ini yang dipercayai menjalankan kegiatan judi haram serta mengutip hasil sehingga RM5 bilion sebulan.

Sindiket tersebut di­dak­wa turut merasuah pihak penguat kuasa dan mampu menukarkan sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam.

Walau bagaimanapun, Nur Jazlan enggan mengulas lanjut me­ngenai perkara tersebut namun seperti mengiakan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).