Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau memandang serius salah guna kuasa pegawai dan anggota polis berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah tersebut.

"Semalam dilaporkan seramai 16 pegawai dan anggota telah ditahan. Saya tidak akan berkompromi kerana harapkan pegar, pegar makan padi," katanya ketika berucap melancarkan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 di Kompleks Sukan Educity, di sini sebentar tadi.

Akhbar hari ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan tangkapan terhadap 16 anggota dan pegawai kanan jabatan itu yang disyaki terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE