Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sebarang bentuk komunikasi yang dikeluarkan oleh seorang banduan adalah dikawal oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

"Sejak akhir-akhir ini, saya melihat banyak kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar. Saya hendak bertanya kepada beliau adakah kenyataan itu beliau keluarkan atau tidak," katanya selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun Persatuan Kebajikan Anak Minangkabau negeri Johor kali ketujuh di sini sebentar tadi.

Nur Jazlan berkata, antara kenyataan terbaru yang dikeluarkan  Anwar termasuklah dikatakan merestui prinsip dengan cadangan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

"Adakah benar, beliau (Anwar) pernah mengeluarkan kenyataan seperti berikut iaitu beliau (Anwar) kenakan tiga syarat untuk Tun Dr. Mahathir menjadi calon Perdana Menteri.

"Kalau ada orang tengah yang membawa mesej daripada Datuk Seri Anwar yang tidak diluluskan oleh Jabatan Penjara, ia merupakan satu kesalahan yang boleh memberikan impak kepada tempoh tahanannya," katanya.

Anwar dihukum penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya dan kini sedang menjalani hukuman tersebut di Penjara Sungai Buluh dan dijangka akan dibebaskan pada Jun ini. - UTUSAN ONLINE