Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kawalan ini susulan serangan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand semalam.

Ujarnya, Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman telah mengingatkan kepada semua pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan kawalan berterusan di tempat-tempat ibadat yang berada di kawasan mereka.

“Hasil maklumat dan risikan kita mendapati isu perkauman dan agama cuba dieksploitasi kumpulan-kumpulan penganas untuk melakukan serangan.

“Jadi, pihak PDRM sama sekali tidak akan berkrompomi dengan anasir-anasir yang dilihat akan memberi ancaman kepada negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjadi panel forum mengenai Ancaman Gerakan Ekstremisme Kepada Perpaduan dan Keharmonian Komuniti di Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE