JKDM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, individu yang dikenali sebagai Azmal Akhsan itu beralamat terkini di Kandangan, Kalimantan Selatan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang penama sama ada mengenali atau terjumpanya, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd. Jamri Mamat atau Tuan Mohd. Hafidzi Tuan Yahya di talian 09-6204242 atau membuat laporan di mana-mana pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan berhampiran.-UTUSAN ONLINE