Pengarah JKDM negeri, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, kejayaan terbesar pihaknya sepanjang tahun itu membabitkan sebanyak 649 kotak rokok bernilai RM769,200 dengan cukai berjumlah RM2.92 juta. 


“Bertindak atas risikan, sepasukan pegawai dan anggota menyerbu kawasan yang disyaki dijadikan stor penyimpanan rokok berkenaan di kawasan kebun kelapa sawit, Jalan Mersing-Kota Tinggi, Sungai Ambat, Mersing. 


“Selain pelbagai jenama rokok, turut disita termasuklah sebuah kereta jenis Honda Jazz yang disyaki digunakan untuk mengangkut rokok bagi tujuan edaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat JKDM negeri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE