Ketua Pengarah JDKM, Datuk T. Subromaniam berkata, rampasan itu dilakukan pihaknya kira-kira pukul 1 petang pada Jumaat lalu selepas pihaknya mendapati pihak pengimport gagal mengemukakan lesen serta mengisytiharkan barangan import yang dibawa.

“Nilai cukai kesemua rokok pelbagai jenama itu adalah sebanyak RM20.595 juta manakala minuman keras pula bernilai RM144,650.80. Kesemua barangan itu diletakkan di kawasan lapang di pelabuhan berkenaan selepas tiba dari Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Kastam Selangor, Pulau Indah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.