Pengarah JKDM negeri, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, kejayaan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Hino yang terbabas akibat hilang kawalan ketika menuruni bukit di jalan tersebut kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori berkenaan menemukan ratusan katon minum keras jenama ‘Burge Meester’ yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kita percaya sebanyak 11,688 tin minuman keras bernilai RM17,532 yang ditemukan itu diseludup untuk pasaran tempatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Janathan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. - UTUSAN ONLINE