Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, serbuan pertama dilakukan pada pukul 1 tengahari di sebuah gudang di Jalan Tengah Off Jalan Ikan Bawal, Klang hasil risikan dan maklumat orang awam.


"Kita merampas 2.01 juta rokok bernilai RM 316,800 dan cukai berjumlah RM 1.2 juta. Turut dirampas ialah 50,922 liter bir bernilai RM294,881 dan cukai sebanyak RM731,979.


“Kita juga berjaya dua individu lelaki dan dua individu perempuan berusia antara 21 hingga 51 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Tambah Zulkurnain, serbuan kedua dilakukan di sebuah gudang di Seksyen U5, Shah Alam kira-kira pukul 5.30 petang hari sama.


Menerusi serbuan itu, pihaknya telah merampas 559,400 batang rokok bernilai 100,692 dan cukai berjumlah RM361,819.


“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun untuk siasatan lanjut,” ujarnya.


Kedua-dua kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang-barang larangan. - UTUSAN ONLINE