Dadah yang dibawa menggunakan penerbangan China Airlines itu tiba di Zon Perdagangan Bebas Kargo MAS LTAPP pada 14 Disember dan diikrarkan sebagai peralatan mekanikal.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, nilai dadah yang dirampas adalah RM23.115 juta dan terbesar di Pulau Pinang pada tahun ini.

“Hasil serbuan itu kami berjaya menahan dua ejen penghantaran serta seorang lagi suspek dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE