Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu, pihaknya merampas 649 kotak rokok bernilai RM769,200 dengan cukai berjumlah RM2.92 juta.

“Bertindak atas risikan, sepa­sukan pegawai dan anggota menyer­bu kawasan yang dijadikan stor penyimpanan di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Mersing-Kota Tinggi, Sungai Ambat, Mersing.

“Selain pelbagai jenama rokok, turut disita sebuah kereta jenis Honda Jazz yang disyaki digunakan untuk mengangkut rokok tersebut,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohammad Hamiddan memberitahu, tiada sebarang tangkapan dibuat dalam serbuan tersebut.

“Ketika serbuan, tiada seorang pun yang berada di lokasi berkenaan. Kami percaya mereka sudah melarikan diri kerana jarak lokasi dengan jalan utama hanya kira-kira 400 meter,” katanya.