Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim 6,  Komander Iskandar Ishak berkata, kapal yang tidak membawa muatan itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang meronda pada pukul 5 petang.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, kapal tersebut gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh dan gagal memaklumkan ketibaan kepada mana-mana pihak berkuasa perairan Malaysia. 

"Semasa ditahan kapal MV Sima Prestige tidak membawa muatan berlabuh di kedudukan itu untuk menunggu jadual pelayaran dari ejen kapal," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, seramai 19 orang anak kapal terdiri daripada warganegara Iran, India, Sri Lanka, Filipina dan Bangladesh berusia antara 22 hingga 52 tahun ditemukan dan tiga daripada mereka dibawa pulang ke pejabat untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE