ANAK SUSPEK
ANAK SUSPEK

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, polis terpaksa menggunakan sen­jata tersebut untuk melemahkan lelaki ber­usia 33 tahun itu setelah gagal memujuk suspek hampir dua jam.

Katanya, suspek yang difahamkan mengalami masalah mental selepas bercerai dengan isteri­nya, bertindak agresif apa­bila menjadikan anak­nya sebagai tebusan dan mengugut mence­derakan kanak-kanak itu dengan parang.

“Suspek yang berada dalam rumah bersama anak kecilnya itu telah mengunci pintu dan me­ngugut akan mence­derakan mangsa jika polis atau sesiapa sahaja cuba masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Bimbangkan kese­lamatan ka­nak-kanak itu, Ketua Unit Ke­reta Peronda (MPV), Asisten Super­intenden Mohd. Fauzi Mohammat yang menge­tuai pasu­kan polis di lokasi kejadian ber­tindak meme­cah ma­suk ke dalam kediaman tersebut dan melepas tembakan pistol renjatan ke arah lelaki berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang lemah selepas terkena renjatan elektrik akhirnya berjaya ditahan manakala anaknya yang dijadikan tebusan dihantar ke Hospital Umum Sa­rawak untuk menjalani rawatan kerana mengalami kecederaan ringan.

Setakat ini, katanya, motif sebenar suspek mengancam untuk men­cederakan anak­nya masih lagi dalam siasatan.

“Suspek akan dihantar ke Hospital Mental di Kota Sentosa di sini bagi menjalani pemeriksaan mental,” ujarnya.