Kanak-kanak itu ditemukan oleh nenek mangsa kira-kira pukul 9 malam di sebuah bilik stor di tingkat bawah rumah tersebut dalam keadaan ditutupi kain putih serta berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, berdasarkan hasil keterangan saksi, sebelum kejadian, suspek berusia 21 tahun yang merupakan saudaranya datang ke rumah tersebut bagi melawat ahli keluarga.

“Ketika kejadian, Ibu mangsa sedang tidur bersama seorang bayi di tingkat atas manakala neneknya keluar. Setengah jam kemudian, neneknya pulang dan terkejut apabila mangsa ditemukan dengan puluhan kesan tikaman.

“Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital di Kepong dan pakar perubatan di sana telah menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Munusamy, pihaknya telah menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 kerana kes bunuh. - UTUSAN ONLINE