Perkara itu disedari oleh seorang petugas Perak Community Specalist Hospital di sini yang membuat laporan polis selepas ibu berusia 24 tahun dan tiga anaknya termasuk mangsa, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas disyaki menghidap Influenza A, pada pukul 1.20 pagi, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan polis mendapati ibu mangsa mengaku telah memukul anaknya dengan tangan selain menggunakan penyangkut baju.

“Ibu mangsa memberitahu anaknya hiper aktif dan tidak mendengar kata. Kecederaan yang dialami mangsa tidak serius tetapi terdapat kesan calar. Mangsa merupakan anak kedua hasil perkahwinan dengan suami pertamanya.

“Polis sudah memanggil bapa tiri mangsa (suami kedua) berumur 20 tahun yang bekerja di Pulau Pinang untuk merakamkan percakapan. Ibu dan tiga anak tersebut menetap di Panorama Lapangan Perdana di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh di sini hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - UTUSAN ONLINE