Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kanak-kanak perempuan mati didera

3 termasuk ibu dan teman lelaki ditahan

MOHD. ZANI CHE DIN
MOHD. ZANI CHE DIN

KUALA LUMPUR 15 Mac - Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes ke­ma­tian membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipercayai akibat didera.

Mereka yang ditahan terdiri daripada ibu kanak-kanak malang tersebut yang berusia 20-an dan teman lelakinya serta pe­ngasuh serta suaminya.

Difahamkan kanak-kanak perempuan tersebut disahkan­ meninggal dunia kira-kira pu­kul 5.40 petang semalam ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas tidak sedarkan diri ketika di bawah jaga­an pengasuh­nya di Apartmen Impian Bai­duri, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa telah dihantar ke rumah penga­suhnya kira-kira pukul 1 petang oleh ibunya yang bekerja sebagai juruwang.

Menurutnya, beberapa jam kemudian, ibu mangsa dikatakan telah menerima satu mesej melalui applikasi WhatsApp daripada pengasuh kanak-ka­nak tersebut memberitahu anak­nya tidak sihat dan badannya lemah.

“Berikutan itu, ibu kanak-kanak terbabit tiba di rumah pe­ngasuhnya kira-kira pukul 4 petang untuk mengambil anaknya dan mendapati kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri.

“Ibu mangsa bergegas membawa anaknya ke PPUM, namun doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, hasil pemeriksaan awal pihak perubatan PPUM mendapati, terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa, selain kecedera­an seperti terkoyak pada kemalu­annya.

“Kita telah reman ibu mang­sa, teman lelaki dan suami kepada pengasuhnya untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pengasuh kanak-kanak itu pula kita tahan petang ini dan setakat ini, kita masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain