Itu kesakitan yang ditanggung kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan yang meninggal dunia di Hospital Kajang semalam, disyaki menjadi mangsa dera.

Polis yang menjalankan siasatan telah menahan ibu mangsa yang berusia 29 tahun dan kekasihnya, 39, yang menetap di Jalan Dato’ Seri P. Alagendra 2, Kajang Plaza dekat sini.

Mereka direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut kes dera tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman ­Nayan berkata, kedua-dua mereka ditahan selepas kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 7 pagi.

“Wanita itu bertugas sebagai pembantu taska dan kekasihnya bekerja di gerai makan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis ganja dan mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.