NG AH LEK
NG AH LEK

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, perbuatan terkutuk tersebut terbongkar setelah ahli keluarga mangsa menanyakan sebab kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah.

Katanya, apabila terbongkar mangsa kemudian dibawa ke balai bagi membuat laporan polis pada 4 November lalu.

"Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah menjalankan siasatan berjaya mengesan dan menangkap suspek yang cuba bersembunyi di Jalan Lapangan Terbang pada pukul 8.55 pagi tadi.

"Suspek berusia 33 tahun bekerja sebagai tukang masak merupakan bapa tiri kepada dua beradik," katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

"Jika didapati bersalah, suspek boleh disabitkan hukuman tidak kurang penjara 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun penjara dengan sebatan.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dengan salurkan maklumat berkaitan supaya jenayah dapat dibendung bersama-sama," jelasnya. - UTUSAN ONLINE