Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kamera AES di lebuh raya dirosakkan

Kamera AES
KAMERA AES yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab tumbang selain komponen bahagian dalamnya dicuri di KM151.4 PLUS, arah utara di Tangkak, Johor, di sini. - UTUSAN ONLINE

TANGKAK 10 Sept. - Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara tumbang dipercayai akibat unsur khianat.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian itu disedari pada pukul 9.35 pagi ini oleh pekerja syarikat penyelenggara peralatan terbabit di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati tiang kamera AES terbabit telah tumbang dan peralatan-peralatan di dalam alat terbabit dipercayai dicuri.

"Sehingga kini, polis masih mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan dipercayai ia mungkin dilakukan pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain