Mayat wanita berusia 27 tahun yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat komputer ditemukan pada pukul 9.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby berkata, soal siasat terhadap kakak mangsa mendapati wanita itu mempunyai penyakit bipolar atau kemurungan dan sedang menjalani rawatan di Singapura.

“Kali terakhir kakak mangsa bertemu dengan adiknya itu pada awal bulan Ramadan yang lalu,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat.

Kata beliau, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada tekanan pada bahagian leher kerana tergantung.

“Keluarga mangsa telah hadir untuk menuntut mayat selepas proses bedah siasat.

“Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berkaitan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - UTUSAN ONLINE