Dalam kejadian pada pukul 5.55 petang itu, lelaki berusia 23 tahun warga tempatan terbabit ditahan selepas pihak berkuasa menemukan peluru berukuran 7.62 milimeter yang dikesan ketika pemeriksaan beg di pintu masuk itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut daripada polis bantuan KKIA yang bertugas di bahagian pemeriksaan bagasi.

“Kami dimaklumkan polis bantuan tersebut bahawa mereka menahan seorang penumpang kerana didapati memiliki sebutir peluru hidup dalam beg pakaiannya.

“Polis bantuan berkenaan ketika membuat imbasan terhadap satu beg milik suspek yang mahu berlepas ke Johor mendapati berjaya mengesan suatu objek dalam beg menyerupai peluru hidup,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLLINE.