MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 5 Julai tahun lalu, mangsa yang berusia 40 tahun menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang agen dan pegawai pinjaman islamik untuk urusan pinjaman peribadi sebanyak RM10,000.

Katanya, agen dan pegawai itu telah beberapa kali meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun mereka bertujuan meluluskan proses permohonan pinjamannya.

"Pada 29 Ogos tahun lalu, mangsa membuat pembayaran kali pertama ke akaun CIMB semasa berada berada di rumah pengadu. Pengadu membuat pembayaran keseluruhan berjumlah RM34,810.

"Kali terakhir mangsa dapat berhubung dengan suspek pada 31 Januari lalu, mangsa merasa ditipu kerana setelah membuat pembayaran tidak menerima apa-apa bayaran seperti dijanjikan suspek," katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dekat sini semalam. - UTUSAN ONLINE