Huang Qiang, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun sebulan di gimnasium terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini pada pukul 5.30 petang, 26 September lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. - UTUSAN ONLINE