GOH GEOK LEONG
GOH GEOK LEONG

Mayat wanita tersebut dipercayai pemilik sebuah syarikat menjual lori dikenali sebagai Goh Geok Leng, 43, yang pada mulanya dilaporkan hilang pada pukul 7.30 malam semalam oleh  seorang daripada pekerjanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pekerja mangsa mendapati majikannya tiada di tempat kerja dan kali terakhir dilihat 
kira-kira pada pukul 2 petang semalam.

"Kesemua barang milik mangsa didapati masih berada dalam pejabat sebelum pekerja mangsa membuat pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Rakaman CCTV itu menunjukkan majikannya telah pergi ke belakang pejabat sebelum menghilangkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, hasil pemeriksaan lanjut, pekerja perempuan itu menemukan kasut majikannya lalu membuat laporan ke balai polis berhampiran kerana mengesyaki majikannya itu diculik.

"Hasil siasatan kita menahan dua pekerja mangsa, dua lelaki warga Myanmar masing-masing berusia 20 dan 39 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Mereka direman mulai hari ini sehingga 20 April ini, ujarnya. - UTUSAN ONLINE