Mereka semuanya dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini yang dibuka sejak pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­sihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 480 mangsa itu, hanya 20 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Sehingga pukul 3 petang ini, seramai 480 mangsa mendapatkan rawatan saringan awal di pusat saringan di Stadium Tertutup MPPG,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah, di sini hari ini.

Menurutnya, pihak kontraktor yang dilantik sedang melakukan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim melibatkan 1.5 kilome­ter secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, kerajaan ne­geri juga ingin menafikan ba­hawa tiada kes kematian dilaporkan membabitkan mangsa insiden pembuangan sisa toksik yang dirawat di hospital sepertimana yang tular dalam media sosial.