Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, jumlah tersebut dijangka akan meningkat menjelang akhir tahun ini dan menjangkau kertas siasatan dibuka untuk tahun lalu iaitu 30,364 kes.

Ujar beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak 56 peratus kerugian adalah daripada kes jenayah siber seperti Macau Scam, Love Scam dan pinjaman tidak wujud.

“Kita juga mengesan banyak ‘keldai akaun’ diwujudkan bagi memudahkan sindiket melakukan jenayah siber di negara ini. Sejak empat tahun lalu, sebanyak 39,743 akaun keldai dikesan dan kebanyakan pemiliknya adalah wanita.

“Kita akan menjalankan operasi besar-besaran bagi mengesan dan menahan penama terlibat dengan ‘keldai akaun’ ini. Operasi itu amat penting kerana jenayah siber wujud dan sindiket mudah terlepas kerana individu ini membenarkan sindiket menggunakan akaun mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Op Seagull di Menara 238, Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Sementara itu, Amar Singh memaklumkan sebanyak 64 ahli sindiket jenayah siber ditahan dalam beberapa serbuan di dalam dan luar negara yang dijalankan pada 14 hingga 20 Oktober lalu.-UTUSAN ONLINE