Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata,  mereka yang ditahan terdiri daripada 43 lelaki dan 12 perempuan berusia antara 18 hingga 85 tahun.

“Sebanyak 16 serbuan dijalankan di kaki lima, premis kedai (lapan serbuan), kedai runcit (enam serbuan) dan kedai kopi (dua serbuan).

“Sebanyak 25 serbuan membabitkan loteri haram, judi siber (tiga), gelanggang sabung ayam (dua) dan judi di tempat awam (dua),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962. - UTUSAN ONLINE