Itu medium digunakan sindiket judi dalam talian untuk menarik lebih 20,000 pelanggan membuat pertaruhan sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, kegiatan sin­diket itu berjaya dihidu Ba­hagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur de­ngan menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 28 tahun di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan itu dibuat dengan bantuan Unit Teknologi Maklumat (IT) Forensik Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Sindiket itu mempromosikan perkhidmatan mereka melalui aplikasi WhatApps, WeChat dan SMS menggunakan ‘GSM SMS Blasting Machine’.

“Siasatan awal mendapati, dalam masa sehari sindiket ini menerima pertaruhan sehingga RM120,000,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Mazlan, dalam masa sebulan, sindiket tersebut menerima pertaruhan sehingga RM3.36 juta menerusi 10 jenis permainan judi kasino yang ditawarkan dalam laman web mereka.