Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dadah pelbagai jenis seperti heroin, methamphetamine dan kanabis itu adakah barangan kes dari tahun 1990 hingga 2014 dan akan dilupuskan oleh kontrator profesional dan bertauliah yang telah dilantik.


“Ini merupakan pelupusan barang kes fasa kedua dengan fasa pertama telah pun dijalankan pada Januari lalu melibatkan dadah bernilai RM4.5 juta di Rawang.


“Pelupusan ini adalah untuk memastikan pengurangan terhadap bekalan dan permintaan ke atas dadah serta menjamin barangan merbahaya ini tidak kembali ke pasaran,” katanya selepas merasmikan pengisytiharan pelancaran pelupusan dadah di IPK Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE