Pengarahnya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua suspek yang berumur antara 20 hingga 30 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah banglo di Shah Alam, Selangor selepas didapati melakukan penipuan dan penyamaran sebagai pegawai syarikat telekomunikasi di Taiwan.

“Mereka menipu dengan menyatakan mangsa mempunyai hutang internet yang besar dan diminta untuk menyelesaikannya segera menerusi cara pemindahan wang ke dalam akaun yang ditetapkan di Taiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE