Kelihatan empat kenderaan polis dan satu van berada di hadapan kediaman terbabit bersama beberapa anggota polis berpakaian preman.

Mereka dikatakan berada di lokasi terbabit sejak pukul 1.25 petang.

Difahamkan melakukan pemeriksaan di rumah kosong yang dipercayai menyimpan beberapa barangan milik Najib.

Menurut sumber, kediaman itu kali terakhir dihuni oleh Tan Sri Shukry Mohd. Salleh yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri di bawah era pemerintahan Najib.