Timbalan Pengarah JPJ negeri, Mohd. Apandi Jusoh berkata, operasi khas tersebut dijalankan selepas pihaknya serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesan terdapat sindiket tertentu membawa kenderaan dari Thailand melalui pintu masuk di sempadan-sempadan dengan menggunakan dokumen serta permit palsu bagi memohon ICP.

Beliau berkata, pihaknya mengesan mereka terlibat itu menggunakan dokumen-dokumen seakan-akan tulen yang diperlukan untuk mendapatkan ICP.

“Apabila disemak dokumen itu merupakan dokumen palsu. Kita merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dan pihak mereka turut mengakui wujud sindiket yang menjalankan pemalsuan dokumen tersebut.

“Sehubungan itu dalam operasi khas ini kita mengesan lima buah kenderaan Thailand tidak mematuhi ICP tersebut. Kelima-lima kenderaan itu telah diambil tindakan dengan dihalang memasuki negara ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dalam operasi khas itu bermula pada pukul 10 pagi, seramai 20 pegawai dan anggota JPJ negeri terlibat. - UTUSAN ONLINE