Dalam operasi yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu, sebanyak 1,900 motosikal diperiksa. 

Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, operasi itu diadakan bagi mengesan pelbagai kesalahan dilakukan penunggang serta pembonceng motosikal  sekali gus mengurangkan risiko kadar kematian yang membabitkan kenderaan berkenaan. 

“Operasi khas motosikal ini diadakan sebanyak empat kali dalam tempoh dua minggu iaitu bermula 29 Januari hingga esok. 

“Dalam operasi ini juga, kita telah menyita 15 motosikal kerana terlibat pelbagai kesalahan,” katanya di sini. 

Tambah Ismail, sepanjang tempoh operasi dijalankan,  kesalahan paling banyak dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tiada cermin sisi dan kesalahan teknikal seperti mengubah suai nombor pendaftaran.

“Selain JPJ, pihak polis juga telah mengeluarkan 45 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Operasi ini telah disertai pegawai dan anggota daripada Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),” jelasnya.-UTUSAN ONLINE