JPJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah saman tahun ini mencatatkan penurunan berbanding 40,660 saman dikeluarkan daripada pemeriksaan 110,755 kenderaan menerusi operasi yang dilaksanakan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Ini menunjukkan kadar pe­matuhan peraturan dan undang-undang jalan raya sema­kin meningkat dalam kalangan masyarakat.

“Operasi ini merupakan usa­ha berterusan kerajaan dalam memastikan keselesaan pengguna jalan raya pada musim perayaan selain memastikan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JPJ telah mengeluarkan seba­nyak 12,433 saman kesalahan utama manakala kesalahan di bawah operasi kamera Sistem Ke­selamatan Kesedaran Automatik (Awas) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 8,632 saman.

Ujarnya, antara kesalahan lain yang menunjukkan pengeluaran saman tertinggi terma­suk kenderaan melebihi muatan dengan 1,472 saman, gagal mematuhi isyarat lampu merah (565), tidak memakai tali pinggang keledar (541), memotong garisan berkembar (284), tidak memakai topi keledar (280) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (253).

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan sebanyak 14 kenderaan disita manakala 39 notis ingkar arahan larangan dikeluarkan sepanjang tempoh larangan penggunaan kende­raan barangan selama lima hari iaitu pada 2 hingga 4 Februari (sebelum cuti perayaan) dan 9 hingga 10 Februari (selepas cuti perayaan).

“JPJ juga menjalankan Op Khas Motosikal dengan kerjasama pelbagai agensi dan hasilnya, sebanyak 186 motosikal disita manakala 7,668 saman dikeluarkan yang mana kesalahan tertinggi dicatatkan adalah tiada lesen memandu (2,788) dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (1,751),” katanya