Kedua-dua tertuduh itu tiba di mahkamah tersebut dengan menaiki kenderaan khas sambil diiringi kenderaan polis dan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Difahamkan, tertuduh Vietnam tiba terlebih dahulu diikuti tertuduh warga Indonesia.

Hari ini merupakan prosiding sebutan semula kepada dua tertuduh tersebut iaitu Siti Aishah, 25, dan Doan Thi Huong, 29, di Mahkamah Majistret di sini.

Kedua-dua mereka berhadapan tuduhan membunuh seorang lelaki warga Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). - UTUSAN ONLINE